Monday, June 22, 2009

Kursus Penggunaan Internet, Portal E learning, Perpustakaan USM dan Blog Terengganu Kite

Salam Hormat,
Saya rasa sungguh gembira dan berbesar hati di atas sumbangan tuan/puan menyertai dan memberi sumbangan melalui blog ini. Walaupun begitu saya rasa masih ramai lagi di kalangan kita yang belum mahir atau masih merangkak menggunakan internet. Bagi mereka yang belum mahir di harap jangan terlalu risau dan panik. Proses menggunakan komputer sebagai media penghubung antara pensyarah dan kita, dan antara "kita dan kita" adalah termasuk dalam salah satu program pengajian JUJ103. Saya juga merasa terharu bila terdapat dalam klaus modul JUJ 103 (salah satu daripada 5 buah) mengatakan bahawa "seorang pelajar PJJ mengambil langkah bijak bila kita mempunyai menubuhkan kumpulan belajar kita sendiri". Sehubungan itu saya mempelawa rakan-rakan yang masih memerlukan bimbingan menggunakan peralatan komputer untuk menyertai satu kursus yang diberikan secara percuma fokus kepada penggunaan portal, Laman web perpustakaan (e -lib usm ) penggunaaan blog dan juga e mail. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Kursus dan bimbingan ini adalah percuma. Terima kasih

2 comments:

Lyn said...

Time kasih atas pelawaan tersebut.

Lyn said...

Nak tanya. lepas kita tinggalkan komen kat sini, nak balik ke anjung utama nak tekan apa? saya cuma tekan butang back saje. ada cara lain tak?