Wednesday, July 29, 2009

Perjumpaan Group Terengganu Kita

Kepada semua warga PJJ USM Group Terengganu kita 2009 ( Tahun 1- Sahaja)
Salam Hormat,
Saya dengan ini memohon dan menjemput semua ahli untuk menghadiri satu perjumpaan seperti berikut :

tarikh : 8 Ogos 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : PKG Manir

Makan dan minum tidak disediakan. Perjumpaan ini perlu untuk membincangkan kumpulan-kumpulan yang masih belum mantap, kerja-kerja kursus yang patut disempurnakan, maklumat-maklumat terbaru mengenai pembelajaran dan lain-lain.
Ia juga merupakan peluang kawan-kawan untuki membantu diri anda. Sekiranya tuan-puan tidak hadir ke perjumpaan ini maka tuan-puan dianggap tidak berminat untuk dibantu, terima kasih.
Sila sampaikan juga maklumat ini kepada kawan-kawan terutama dari kumpulan kerja kursus anda.

Tuesday, July 21, 2009

TARIKH PENEMPATAN KERJA-KERJA AMALI SAINS (2009/2010)

PENGUMUMAN:

Satu perjumpaan dengan pelajar-pelajar USM -PJJ (2009-2010) bagi yang terlibat dengan kerja-kerja amali (KIMIA & BIOLOGI) akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 1 Ogos 2009
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pusat Wilayah (PJJ-Kuala Terengganu)

Semua pelajar yang terlibat sila ambil perhatian @ tolong maklumkan kepada rakan-kita yang lain. Kehadiran adalah wajib.

Thursday, July 9, 2009

PERINGATAN TARIKH HANTAR TUGASAN UNTUK STUDENT PENGURUSAN

JTW 103 – Undang-Undang Perniagaan (berkumpulan)
Tugasan 1 - 1 Disember 2009 (Hari kedua kursus intensif).
Tugasan 2 - 30 Januari 2010

JTW 101 - Pengantar Pengurusan ( Kumpulan)
Tarikh hantar: 30 Disember 2009.

JTW 105E/3: Business Communication
Tarikh hantar : 22 Disember 2009

JTW107/3 – Mikroekonomi (Individu)
Tugasan 1
- sehari sebelum tarikh peperiksaan berterusan
Tugasan 2 - pada atau sebelum 15 Januari 2009

JTW108 – Makroekonomi
Tarikh akhir tugasan
ialah pada 2 Oktober 2009. (rujuk portal)
Tugasan 1 (5%) (Berkumpulan )
Arahan:
Sila jawab semua soalan secara individu terlebih dahulu sebelum dibincangkan di dalam kumpulan. Hantarkan jawapan kumpulan pada selewat-lewatnya pada, 17 Julai 2009 (Jumaat).Setiap jawapan yang salah akan diltolak 0.5 markah. Taipkan nombor jawapan dan jawapan anda di dalam kolum yang bersebelahan menggunakan Excel worksheet (Sila gunakan satu worksheet sahaja, delete worksheet yang lain). Sertakan nama ahli kumpulan dan nombor matrik masing-masing.

JTW 111/ 3 – Prinsip Perakaunan Kewangan (individu)
Tugasan 1 -
sebelum 1 Disember 2009 – sila serah terus ke bilik pensyarah
Tugasan 2 - sebelum 2 Mac 2010 – hantar melalui pos

JTW 123 - Statistik Perniagaan
Tarikh hantar: 30 Januari 2010

JUE 100 – Preparatory English (individual &grouping)
All project work must be submitted during your group presentation which will be done during the intensive in November/ December 2009.

JUJ103/3 - Pendidikan Jarak Jauh dan Lierasi Komputer(individu/berkumpulan- rujuk portal)
Tugasan 1 - sebelum 4 Disember 2009.
Tugasan 2 - dua minggu selepas tugasan dipaparkan di dalam e-portal.

Monday, July 6, 2009

Kita Mulakan Sekarang - Jangan biarkan ianya terjadi

Sahabat yang dihormati,
Setelah mendapat hampir ke semua kerja kursus/ kerja lapangan didapati tarikh menghantar kerja kursus adalah serentak atau hampir serentak. Sekiranya kita tidak mampu merancang dengan baik kita akan menghadapi kesulitan dan kesukaran, mungkin juga stress di peringkat akhir nanti.Begitu juga kita perlu ingat bahawa sebelum menghantar kerja kursus/kerja lapangan nanti kita terpaksa berada di dalam kampus USM. Oleh itu saya memperingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat yang kita patut memulakan kerja lapangan kita mulai sekarang...... jangan berlengah-lengah lagi.

Sunday, July 5, 2009

Sekitar Perjumpaan Group IK -4 Julai 2009


Diantara aktiviti yang dapat dilaksanakan pada perjumpaan kali ini ialah :
1. Mempelajari sepintas lalu penggunaan e-portal dan blog tganu kite
2. Mengaktifkan e mail rasmi @student.usm.my serta mempelajari cara penggunaannya
3. Membincangkan sepintas lalu program-program kursus, serta mendapat gambaran tentang kursus
4. Membuat salinan/fotokopi semua program , nota yang ada dalam portal
5. Mewujudkan setiap fail mengikut subjek

6. Menyediakan satu jadual belajar sendiri yang selaras.
7. Menyediakan tajuk kerja kursus JKJ serta agihan tugas kepada individu.
8. Membuat analisa setiap kerja kursus. Analisa kerja kursus telah dipublishkan di sini pada post terdahulu.
Contoh Frofil Pensyarah
9. Menyediakan profil pensyarah setiap subjek.

Friday, July 3, 2009

Maklumat Kerja Lapangan/Kerja Kursus Khas Untuk Student Ilmu Kemanusiaan

1.JMG 101/4 -Pengantar Geografi / 15 Januari 2010 / Individu
2.JMS 101/4 -Pengantar Sejarah / 31 Januari 2010 / Individu
3.JMK 104/4 - Pengantar Kesusasteraan / Tiada Kerja Kursus
4.JKJ 104/3 - Kaedah Penyelidikan / 31 Januari 2010 / Kumpulan
5a.JUJ 103/3 - PJJ & Literasi Komputer ( Tugasan 1 )/4 Disember 2009/ Individu
5b.JUJ 103/3 - PJJ & Literasi Komputer ( Tugasan 2) - Sentiasa Perhatikan Portal
6.JUH 101/2 - Hubungan Etnik /31 Disember 2009/ kumpulan
7.JUT 101/2 - Tamadun Islam & Tamadun Asia /Tiada Kerja Lapangan
8. JUE 100/2 Prepatory English / 24 Oktober 2009/ Kumpulan
9. Jul 401/2 Bahasa Malaysia IV / 5 Oktober 2009/Individu

Thursday, July 2, 2009

Daftar Istilah JUJ103

Daftar Istilah JKJ104

HIPOTESIS
HIPOTESIS PENYELIDIKAN
HIPOTESIS NULL
HIPOTESIS ALTERNATIF
LOGIK DEDUKTIF
LOGIK INDUKTIF
DEFINISI OPERASIONAL
PEMBOLEHUBAH
PEMBOLEHUBAH BERSANDAR
PEMBOLEHUBAH BEBAS
NOMINAL,
ORDINAL,
JEDA,
NISBAH
A PRIORI
SISIHAN PIAWAI
RALAT PIAWAI
KODING
VARIAN
TEORI
POSTULAT
PREMIS
KAJIAN LONGITUD
KAJIAN TREND
KAJIAN PANEL
KAJIAN KOHORT
KAJIAN KERATAN LINTANG
KUMPULAN KAWALAN SOLOMON
KEBARANGKALIAN
TABURAN FREKUENSI
MIN
MOD
MEDIAN

POPULASI - ialah keseluruhan fenomena yang ingin dikaji. Jika kita berminat mengetahui masalah pelajar universiti sains malaysia, maka kesemua mahasiswa yang berdaftar di sini ialah sebagai populasi kajian.

PERSEMPELAN
SAMPEL
PARAMETER
STATISTIK

Daftar Istilah JMK 101

Daftar Istilah JUT 101

maddana - 1)perbuatan membuka bandar atau kota 2) memperhalus budi pekerti terpuji.

madani 1) Pembangunan perbandaran 2) Kehalusan budi pekerti terpuji

deen 1) agama 2) Kehidupan beragama

Tamaddun1) Sejumlah pencapaian dalam kehidupan meliputi semua aspek budaya, sosial, ekonomi, pemikiran, sains dan teknologi , perlakuan dan tatasusila dalam membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.

epistemologi - teori tentang ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah dan skop sesuatu ilmu pengetahuan

aksiologi

hegemoni - pengaruh atau dominasi sesebuah negara ke atas negara yang lain

stratifikasi
- pembahagian masyarakat kepada lapisan atau kelas

Daftar Istilah JUH101

Daftar Istilah JMS101

Daftar Istilah JMG101

ruang - 1)Cantuman kepada beberapa wilayah atau cantuman bumi.
2) Sesuatu yang berterusan ( dimensi ruang dan masa)

Kawasan Segmen ruang bumi yang sempadannya dibuat secara rambang.


Wilayah
Sebuah kawasan yang mana sempadannya ditentukan oleh kriteria terpilih.

Lokasi Mutlak

Lokasi Relatif