Wednesday, June 17, 2009

Perancangan Akademik JTW103

Pagi ni saya baru buka portal e-learning dan saya telah terjumpa maklumat ini...

Perancangan Akademik

JTW 103
UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

Sidang Akademik 2009/2010


JTW 103/3 – UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

PENGURUS KURSUS : DR CHE SUPIAN MOHAMAD NOR
Bilik No : 131 (PPPJJ)
E-mail :
supian@usm.my
csmnor@gmail.com
chesupianm@yahoo.com
No. Telefon : 04-6534561
No. Fax : 04-6576000


KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip asas undang-undang yang berkaitan dengan komuniti perniagaan. Antara topik-topik yang akan disentuh dalam kursus ini adalah sistem perundangan, sumber undang-undang dan hierarki serta bidangkuasa mahkamah yang merupakan ilmu asas yang diperlukan untuk memahami bagaimana sistem pentadbiran undang-undang berfungsi. Kemudian topik-topik yang berkaitan dengan undang-undang kontrak iaitu undang-undang utama yang mendasari undang-undang perniagaan akan dibincangkan. Akhir sekali topik kontrak-kontrak khusus seperti undang-undang jualan barangan, undang-undang sewa beli, undang-undang agensi dan undang perkongsian akan juga dibincangkan.


OBJEKTIF KURSUS

· Memberi pengetahuan dan pemahaman kepada para pelajar berkenaan dengan sistem perundangan, sumber undang-undang dan juga institusi mahkamah agar para pelajar memahami bagaimana sistem pentadbiran undang-undang dan kehakiman berfungsi.

· Memperjelaskan kepada para pelajar tentang peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip asas undang-undang yang berkaitan dengan komuniti perniagaan; elemen-elemen penting kontrak; kontrak-kontrak khusus seperti undang-undang jualan barangan, undang-undang sewa beli, undang-undang agensi dan undang-undang perkongsian.

· Memperlengkapkan para pelajar dengan pengetahuan tentang undang-undang perniagaan supaya mengetahui akan hak dan tanggungjawab masing-masing dalam urusan yang berkaitan degan perniagaan samada sebagai pengguna atau sebagai peniaga atau sebagai pegawai syarikat korporat.


TAJUK-TAJUK PERBINCANGAN

Tajuk-tajuk perbincangan kursus ini adalah berpandukan kepada modul JTW 103 Undang-undang Perniagaan. Walau bagaimana pun para pelajar adalah dinasihatkan supaya membuat rujukan kepada nota tambahan yang akan dimasukkan ke dalam portal e-pembelajaran dari masa ke semasa dan juga membuat rujukan kepada sumber-sumber lain untuk memantapkan lagi pemahaman anda berkaitan dengan kursus ini. Para pelajar adalah dinasihatkan supaya mengikuti cadangan jadual pembelajaran yang disediakan. Para pelajar juga di minta membuat persediaan pembelajaran tajuk-tajuk yang berkaitan sebelum menghadiri kelas sidang video dan juga kuliah semasa kursus intensif demi memastikan kelicinan/keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.


KERJA KURSUS

Lima (5) kelas sidang video dan dua (2) kuliah semasa kursus intensif akan dijalankan oleh pengurus kursus. Para pelajar dimestikan membuat persediaan dengan mempelajari tajuk-tajuk yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum menghadiri sidang video dan kuliah semasa kursus intensif (penubuhan kumpulan perbincangan adalah digalakkan) untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Gunakan peluang semasa sidang video dan kuliah semasa kursus intensif untuk mendapatkan penjelasan daripada pengurus kursus mengenai sebarang kemusykilan yang timbul semasa proses pembelajaran kendiri.


PERSEDIAAN UNTUK SIDANG VIDEO DAN KULIAH SEMASA KURSUS INTENSIF

Kuliah
Modul (Pelajaran)
Tajuk
Sidang Video 1
1(1) Undang-undang, sistem perundangan dan pemerintahan Malaysia
1(2) Sumber Undang-undang Malaysia
1(3) Institusi mahkamah: Hierarki dan bidangkuasa

Sidang Video 2
1(4) Pengenalan kepada undang-undang kontrak
2(5) Cadangan dan penerimaan

Sidang Video 3
2(6) Balasan, niat dan keupayaan
2(7) Ketentuan, kerelaan bebas dan tujuan yang sah

Kuliah Intensif 1
2(8) Kesahan kontrak, pelepasan kontrak dan remedi
3(10) Undang-undang sewa beli

Kuliah Intensif 2
3(9) Undang-undang jualan barangan

Sidang Video 4
3(11) Undang-undang agensi
3(12) Undang-undang perkongsian

Sidang Video 5

ULANGKAJI

TUGASAN (20%)
Anda dikehendaki menyiapkan 2 tugasan secara berkumpulan yang terdiri dari TIDAK LEBIH LIMA pelajar dalam setiap kumpulan.


Tugasan 1 (10%)
Setiap kumpulan perlu menyiapkan nota yang lengkap mengenai salah satu daripada topik-topik berikut:

(i) Undang-undang agensi, ATAU
(ii) Undang-undang perkongsian

Nota tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
(i) Undang-undang agensi
· Pengenalan
· Takrif prinsipal dan ejen
· Pembentukan agensi (secara nyata, tersirat, ratifikasi, keperluan, estoppel)
· Jenis-jenis agensi
· Kuasa-kuasa ejen
· Tugas dan kewajipan ejen
· Hak dan kewajipan prinsipal
· Penamatan agensi

(ii) Undang-undang perkongsian
· Pengenalan
· Takrif perkongsian
· Faktor yang menentukan kewujudan perkongsian
· Pembentukan perkongsian
· Pendaftaran perkongsian
· Kuasa pekongsi (nyata dan tersirat)
· Liabiliti pekongsi
· Pembubaran perkongsian

Anda perlu menyertakan seksyen-seksyen dan kes-kes yang berkaitan dalam nota anda. Anda juga perlu nyatakan sumber rujukan anda.

Tarikh akhir serahan tugasan 1 ialah pada: 1 Disember 2009 (Hari kedua kursus intensif).


Tugasan 2 (10%)

Untuk tugasan 2 anda juga perlu menyiapkannya secara berkumpulan (kumpulan yang sama yang menyiapkan tugasan 1). Anda disediakan dengan empat set soalan (A, B, C dan D) yang masing-masing mengandungi lima soalan bagi setiap set. Setiap kumpulan bebas untuk memilih dan menyiapkan mana-mana DUA set soalan yang diberikan.

Soalan Tugasan : Sila lihat Lampiran.
Tarikh akhir serahan tugasan 2 ialah pada: 30 Januari 2010

Tugasan yang dihantar lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan tidak akan diberikan markah.

Peperiksaan Berterusan (20%)

Peperiksaan Berterusan akan diadakan semasa kursus intensif, tajuk-tajuk yang akan disoal dalam peperiksaan berterusan akan diberikan melalui portal dan juga sidang video.

Peperiksaan Akhir (60%)

Tarikh peperiksaan akhir akan diumumkan oleh pihak PPPJJ. Anda diminta sentiasa melayari portal e-pembelajaran untuk mengetahui makluman penting seperti tarikh dan tempat peperiksaan akhir.

SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Ringkasan Penilaian Kursus

Tugasan Kumpulan 20% 40%
Peperiksaan Berterusan 20%
Peperiksaan Akhir 60%


KURSUS INTENSIF
Kursus Intensif akan diadakan pada 30 November 2009 hingga 20 Disember 2009


PENGGUNAAN PORTAL E-PEMBELAJARAN
Pengurus kursus akan memuatnaik (upload) bahan-bahan seperti nota sidang video, nota kursus intensif, nota tambahan, soalan-soalan kuiz serta bahan-bahan lain yang berkaitan ke dalam portal. Oleh itu para pelajar dinasihatkan supaya memahirkan diri dengan penggunaan portal kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran kursus ini akan banyak menggunakan media tersebut. Sila aktifkan emel anda dan bolehkan (enable) hubungan langsung dengan portal kerana setiap kali pengurus kursus memuatnaik bahan pembelajaran, makluman melalui ruang forum berita (news forum) akan dibuat dan makluman tersebut akan dihantar terus kepada emel para pelajar yang didaftarkan dan diaktifkan dalam portal.

Pelajar-pelajar digalakkan menggunakan ruangan forum untuk berbincang dengan rakan-rakan lain berkaitan dengan kursus ini. Ruangan forum juga boleh digunakan sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan yang memerlukan penjelasan lanjut daripada pengurus kursus. Soalan anda dan jawapan yang diberikan oleh pengurus kursus melalui ruangan forum akan dapat dikongsi oleh semua rakan-rakan lain yang mengambil kursus ini berbanding dengan penggunaan emel yang hanya merupakan interaksi satu-ke-satu antara anda dan pengurus kursus sahaja.

No comments: