Thursday, June 25, 2009

Catatan Untuk Sidang Video

Fasa seterusnya ialah menghadiri kelas sidang 1 di semua Pusat Wilayah pada 26 Jun 2009. Berikut disertakan beberapa panduan untuk pelajar ketika menghadiri kelas tersebut.

1. Penggunaan mikrofon. Pastikan mikrofon sentiasa di dalam keadaan OFF ketika kelas berlangsung. Mikrofon hanya perlu di ON kan ketika pelajar ingin berkomunikasi dengan pensyarah anda.

2. Pastikan tiada perbincangan kumpulan berlaku di dalam bilik sidang video ketika kelas sedang berlangsung. contoh, jika kelas JIK101 sedang berlangsung, jangan ada kumpulan pelajar JMS101 sedang berbincang.

3. Kanak - kanak dilarang sama sekali berada di dalam bilik sidang video

4. Sistem Live Streaming tidak akan dihidupkan pada tarikh 26, 27 dan 28 Jun 2009. Saya akan menggunakan tiga hari tersebut untuk UJIAN perkhidmatan Live Streaming.

5. Rakaman Sidang Video pertama ini akan mula di uploadkan ke dalam Portal pada 1 Julai 2009. Pelajar boleh mula melakukan proses muat turun mulai jam 2.00 petang. Kepada pelajar yang kurang mahir untuk melakukan proses ini atau mempunyai keupayaan bandwith kurang 512Kbps, sila dapatkan bantuan dari rakan - rakan anda yang terdekat.

6. Untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak, ketiadaan sistem Sistem Sidang Video di sana tidak akan menjejaskan peluang anda untuk mendapat ilmu dari PPPJJ. Sila guna ruangan forum dan rakaman Sidang Video sebaik mungkin.

7. Kedatangan ke Kelas Sidang Video adalah wajib. Sekiranya pelajar gagal hadir atas alasan yang tersendiri, pelajar boleh menggunakan perkhidmatan Live Streaming, dan sekiranya anda tidak mempunyai kemudahan untuk melayari Live Streaming, pelajar digalakkan untuk melihat siaran rakaman yang bakal di uploadkan nanti.

8. Anda boleh menghadiri mana - mana Pusat Wilayah PPPJJ, sekiranya sedang bercuti atau berkursus di luar dari Pusat Wilayah anda

Sekian

No comments: