Thursday, December 10, 2009

Selamat Menghadiri Kuliah dan Peperiksaan Berterusan

Salam Hormat Salam Sejahtera, Khususnya buat rakan-rakan PJJ dari Terengganu,
tak kira di mana anda berada.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk meluahkan perasaan gembira dan seronok kerana dapat menuntut ilmu bersama kawan-kawan di sini termasuk abg-abg dan kakak-kakak senior. Pengalaman ini sungguh berguna buat kita sebagai seorang mahasiswa ( sesuai disebut mahasitua) untuk penambahbaikan taraf kehidupan kita pada masa hadapan.

Saya cuba mengingatkan diri saya dan mungkin untuk tuan-tuan juga dalam situasi begini cuba kita elakkan sifat "selfish" kita. Contohnya kalau ada bahan-bahan untuk soalan peperiksaan berterusan sekarang , kongsi-kongsilah dengan rakan-rakan kita. Pengalaman dua tiga hari baru ni harus membuka mata kita tentang perlunya perkogsian soalan-soalan Peperiksaan Berterusan.

Satu lagi dalam kita bergaul mulut kita janganlah terlalu celupar, sekrang kita baru di tahun satu banyak lagi masa untuk kita belajar di sini, entah esok atau lusa kita perlu mintak bantuan orang yang kita celuparkan baru padan muka kita.Jadi Muka Tembok Jawabnya Saya sebenarnya nak ingatkan diri saya je sebab diri saya memang celupar. Begitu juga dengan penggunaan internet dan blog, janganlah nak menyamar sebab setiap komputer kita ada no IP, contoh no IP komputer saya ialah 151.139.177.55, jadi apa yang kita poskan ke website/blog sebenarnya dapat diketahui oleh orang lain siapa yang mengeposnya so berhati-hatilah jangan tersalah taip nanti tergadai maruah.

Wah, ayat sastera yang penuh konotasi di atas telah bertukar menjadi ayat pembebelan di bawah. Walau apapun sebenarnya saya cukup kagum dan bahagia sekali dengan kesungguhan, ketabahan, semangat juang dan setiakawan yang telah ditunjukkan oleh Warga PJJ Terengganu, terima Kasih di atas layanan anda terutamanya dari Abang-abang dan kakak-kakak senior, malam ni kita nak keluar makan kat ne ?? Bye-Bye.

No comments: